Friday, November 30, 2012

Notis Mesyuarat Agung KAKOS Kali Ke-28


Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung KAKOS Ke 28 Tahun 2012, akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh  :  8 - 9 Disember 2012 ( SABTU & AHAD )
Masa    :  2.00 ptg - 12.00 tengahari
Tempat  :  D' Batik Motel, Pantai Teluk Batik, Lumut Perak.

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

  1. Ucapan Pengerusi Majlis
  2. Pelantikan 2 orang pencatat minit
  3. Ucapan Aluan Yang Dipertua KAKOS & Majlis Perasmian
  4. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke 27
  5. Membentang dan menerima Laporan Tahunan Seketeriat
  6. Membentang dan menerima Penyata Kewangan
  7. Pembubaran AJK Sesi 2010 - 2012
  8. Pelantikan AJK Sesi 2012 - 2014
  9. Membahaskan usul ( jika ada )
  10. Ucapan Penangguhan
  11. Doa & Bersurai

Sehubungan dengan itu, semua ahli dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Sekian dimaklumkan, Terima Kasih.

Yang menjalankan tugas,

ABDUL HALIM BIN SALLEH
( Setiausaha KAKOS )

No comments:

Post a Comment