Friday, August 9, 2013

PERJUMPAAN TAHUNAN KAKOS & JAMUAN AIDILFITRI



ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Jemputan ke Majlis Perjumpaan tahunan KAKOS & jamuan Aidilfitri tahun 1434 Hijrah / 2013. Dikesempatan ini diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua warga KAKOS yang dikasihi sekalian. Sempena hari kemenangan bagi seluruh umat Islam ini, KAKOS akan mengadakan perjumpaan tahunan beserta jamuan Aidilfitri di rumah bendahari KAKOS (MOHD FATHIL BIN HJ JAMIL).

Dijemput semua warga KAKOS untuk sama-sama kita berkumpul supaya ukhwah yang dibina selama ini berterusan dan semakin erat & kukuh..Mudah-mudahan perjumpaan kita kali ini mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t...Amin...

Kalau bawa juadah tidak perlu banyak-banyak, tetapi hubungi saudara Fathil untuk menentukan jenis & kuantitinya.

MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB

TARIKH : 16 OGOS 2013 (JUMAAT)

TEMPAT : NO 3A LOT 775 JLN HJ IBRAHIM, 45800 JERAM, SELANGOR.  

NO. TELEFON UNTUK DIHUBUNGI : EN. MOHD FATHIL (0133311810) &  PN. SITI ZAITON (0192663109)


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

Wednesday, July 24, 2013

IHYAK PERDANA RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.t.

Merujuk kepada perkara diatas KAKOS akan mengadakan majlis Ihyak Perdana Ramadhan 2013.
Dijemput semua saudara - saudari sekalian untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut..

Tarikh : 27 Julai 2013
Tempat : Lot 20149 Lorong Damai Kg. Bahagia,36000 Teluk Intan,Perak (Rumah YDP KAKOS)
Masa : Bermula 7.00 malam

Aturcara Majlis:

- Tahlil
- Berbuka puasa 
- Solat maghrib 
- Tazkirah 
- Solat Terawih 
- Mesyuarat


Friday, April 5, 2013

CUCU SULUNG YDP KAKOS

ASSALAMUALAIKUM..

Untuk makluman warga KAKOS yang dikasihi sekalian...pada tanggal 10 march 2013 anakanda kepada YDP KAKOS iaitu SOLEHAH BINTI MOHD MAHYUDDIN telah selamat melahirkan anak lelakinya yang sulung seberat 2.2kg pada pukul 2.16pm..

Anak kepada Solehah dan suaminya Abdul Malik telah diberi nama MUHAMMAD FATHY AN-NAASIR BIN ABDUL MALIK..

Semoga anak mereka ini nanti akan menjadi seorang anak yang soleh dan beriman serta berbakti kepada kedua orang ibubapanya...Amin...

TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

ASSALAMUALAIKUM...

terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog KAKOS ini...hal ini kerana sibuk dengan urusan kerja..

Untuk makluman warga KAKOS sekalian, opah HJH SELAMAH BINTI NGAH MOHD telah meninggal dunia pada tanggal 26 march 2013 jam 03.42pm..Semoga rohnya ditempatkan di tempat2 orang yang beriman...Amin...


Wednesday, December 19, 2012

Sekalung Ucapan Tahniah


Assalamualaikum...

Tahniah kepada adik2 warga KAKOS yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam PMR..
Antara yang telah berjaya :
  1. Fatin Zulaikha Binti Zulkifli ( 8A 1B )
  2. Nur Farhana Binti Khairul Azhar ( 8A )
  3. Mohd Muad'z Bin Mohd Mahyuddin ( 7A 1B 1C )
  4. Mohammad Luqman Bin Daud ( 1A 2B 5C 1D )
  5.  Hazim Rusydi Bin Abdul Halim (1A 5B 3C )
Adik Amirul Hanif Bin Shaari, dan Hafizuddin Bin Fathil masih belum diketahui keputusannya..mudah-mudahan mereka juga memperoleh keputusan yang cemerlang..Insyaallah..

Wednesday, December 12, 2012

Kenangan di Teluk Batik..




Wahhh.. wajah keceriaan Bendahari KAKOS bersama isteri tercinta...





apalah yang dibualkan oleh family YDP KAKOS kita ni..sampai tergelak2
mereka.







ACARA SUKANEKA BERMULA




Sempat lagi 2 beradik ni berposing..



Acara untuk Kaum Ibu


Semua fokus mendengar arahan







Sempat lagi bergurau senda









Acara untuk kaum bapa..sumpit jangan xsumpit jauh2 ye..


YDP KAKOS juga tidak ketinggalan mengambil bahagian 



Keceriaan terpancar di wajah setelah berjaya menyumpit dengan jauh..



Acara Kanak-kanak bawa bola guna sudu


Acara tiup belon sampai pecah yang dimenangi oleh ANAK Setiausaha
KAKOS ( En. Abdul Halim Bin Salleh )



anak2 YDP KAKOS..Semua happy2 belaka..x sabar nak masuk acara
la tu ye..








Acara cari gula2 dalam tepung




seperti anak2 KAKOS sedang sujud dalam solat..huhuhu..


















Antara hadiah2 yang bakal dimenangi oleh Ahli KAKOS...


Sesi Pengucapan Awam..hak3x...


 Keceriaan terpancar diwajah Pen. Bendahari KAKOS
( En.Abdul Hadi Bin Omaruddin ) setelah memenangi acara
teka  kacang dalam balang























sempat lagi Pak Long wat lawak....


Sempat lagi Pen. Bendahari KAKOS berjenaka dengan Bendahari KAKOS...



















PEMBERIAN HADIAH KECEMERLANGAN
















PEMBERIAN HADIAH SUKANEKA