Thursday, December 30, 2010

SYUKUR ATAS KELAHIRANMU.

Anda nak tahu bahawa Mohd Aqif bin Ahmad Syakir telah dilahirkan di Hospital Besar Ipoh pada awal bulan Disember 2010. Selepas sihat akan tinggal di Sg Siput. Tahniah kepada ibubapanya. Disamping itu, tak lupa nak rakamkan selamat menimang cucu  ke 10 kepada bang ngah dan kak ngah beruas. Senyum lebar-lebar sikit.


Ada cerita lain pula:  Sdra Zulkifli sekeluarga dah berpindah ke rumah barunya di lorong Damai Kg Bahagia pada 26 Disember 2010.Ramai jemputan  hadir ke majlis kesyukuran yang diadakan pada jam 11 pagi hari itu. Rumahnya besar , cantik dan selesa didiami.Zul sentiasa  mengalu-alukan kehadiran saudara-saudari. Jomlah singgah!.

Hanya Mohd Syakir Menyerlah

Assalamualaikum wrh hbth


Keputusan PMR telah diumumkan baru-baru ini.Di antara Mohd Azri Mohd Azmi, Mohd Syakir Azhari. Ku Ashraf  Ku Yusof dan Nurliana bt Kamarulzaman, hanya Mohd Syakir b Azahari mencipta kejayaan yang dibanggakan iaitu memperolehi 6A3B.Tahniah dan syukur kepada Allah.

Wednesday, December 8, 2010

KHAIRUNISA DAN MAZLAN AKAN DIIJABKABUL

Semua ahli KAKOS dijemput hadir ke NO 13 ,JLN AMPANG PECAH  20, TAMAN AMPANG PECAH, KUALA KUBU BHARU, pada hari hari Sabtu 18 Disember 2010 kerana abang H Khairuddin  dan Kakak Hjh Norhani adakan majli walimatul urus anak kesayangan mereka tu.
Moga mereka bahagia hingga ke akhir hayat.


Daripada
YDP KAKOS
Wakil Tuan Rumah.